Assalaamualaikum semua..
Di sini saya ingin kongsikan maklumat yang saya kumpulkan tentang masjid Kucing dari pelbagai sumber…tujuan saya agar kenangan sejarah tempat ini tidak hilang walaupun masjid ni dah musnah.
Buku2 haji/umrah masih tertulis tentang masjid ini. Semoga pahala sampai kepada kredit/ehsan empunya maklumat di bawah yang tidak tertulis di sini.
Untuk share post ini sila ke facebook saya.
MASJID AL- RAYAH( BENDERA)=MASJID KUCING(Masjid Abu Hurairah)
Terkenal dalam kalangan Jemaah Indonesia dan Malaysia sebagai masjid kucing.
Masjid ini terletak kira kira 300 meter dari Masjidil haram iaitu di hujung pasar Seng( Pasar seng( Zink) adalah pasar sekitar jalan Al Gudariah yang dahulu beratapkan zink/(seng bahasa indonesia.) yang kini dah tiada.
Kemungkinan nama berkembang dari punca sekitar masjid( dulu ia kecil seperti musalla) dikelilingi restoran2.
Dekat masjid ini kucing2 sering berkumpul dan menanti diberikan sisa makanan atau makan makanan terbuang.
Nama sebenarnya masjid al rayah =bendera kerana Rasulullah SAW dan para sahabatnya memacakkan dan mengibarkan bendera kemudian beliau solat di situ semasa penaklukan Kota Mekah dari kaum kafir pada bulan Ramadan tahun 8 hijrah.
Ia juga dikenali sebagai Masjid Jowdariyyah kerana terletak di kawasan Al Jawdariyyah di bahagian al Ghazzah.
Ada juga menulis Masjid ini sebagai Masjid Khadimul Haramain Malik Fahad Bin Abdul Aziz.
Berdekatan masjid ini juga letaknya telaga Jubair bin Muth’im bin Uday bin Naufal (telaga Al-‘Ulya).
Beberapa riwayat juga mengatakan masjid ini adalah tapak rumah sahabat nabi iaitu Abu Hurairah(bapa kucing) tetapi para sejarawan tidak bersetuju kerana Abu Hurairah datang ke madinah pada 7 hijrah dan tiada bukti beliau tinggal di Mekah.Wallahua’lam.
Pertama kali masjid ini dibina oleh Abdullah bin Ubaidillah Bin Abbas.
Kemudian ia dibangun dengan baik dan indah oleh pemerintah Arab Saudi dan menaranya menjulang.
Masjid ini digunakan untuk solat 5 waktu dan ibadat lain2.
Ada satu kawasan seramik putih jarak 150 meter dari masjid ini untuk solat dan memberi makanan kepada merpati2 yang juga banyak sekali di sini waktu dahulu.
Ia juga terletak di tanjakan Al Mudda’a ke arah A- Ma’la( kws perkuburan).
Berada di laluan pergi dan balik ke masjidil haram bagi Jemaah tabung haji di Al Janadariah di kawasan al Suleimaniyah.
Jarak dari Kaabah garis lurus 550 meter.
Terletak 750 meter sebelah utara Masjidil haram
Masjid ini telah dimusnahkan pada BULAN disember tahun 2010( 1432H).
Lokasi bekas tapak masjid yang dimusnahkan boleh didapati di web ini https://hajjumrahplanner.com/masjid-al-rayah-makkah/
Lokasi kini letaknya lebih kurang di bawah flyover jalanraya baru.
Antara cerita2 menarik tentang masjid ini
:-
1) Ketika Azan dari masjid Ar Rayah ini para kucing akan berkumpul di sini dan menghadap ke kiblat seolah olah ingin solat. Ketika azan juga kucing2 ini akan melompat2 gembira
2) Seorang lelaki di bawa oleh seekor kucing ke masjid ini dan beliau melihat banyak kucing berkumpul di dalam masjid ini
3) Ada cerita berlaku pada musim haji seorang lelaki yang ingin solat di masjid ini terkejut melihat seekor kucing sedang solat dan dia lari dan menceritakan kepada orang sekitar masjid
4) Seorang lelaki yang suka kucing telah meninggal di dalam masjid ini tanpa diketahui orang.
Diceritakan, kucing ramai2 pergi ke telaga zam zam minum air dan bawa ke masjid kucing seolah2 ingin memandikan mayat.
Amatlah bagus jika para Jemaah haji/umrah boleh memberi makanan kepada kucing-kucing di Mekah kerana ada yang kurus2 .
Ada Jemaah bercerita tentang urusan umrah beliau dipermudahkan kerana selalu memberi makan kucing2 sekitar Mekah .
Semoga maklumat ini di jadikan rujukan untuk kita semua. Untuk share post ini sila ke facebook saya.
Image may contain: outdoor
Image may contain: outdoor
Image may contain: tree, plant and outdoor
Image may contain: outdoor
Image may contain: sky and outdoor